• BN Pasti Menang PRU14

    Published: Friday, 5 January 2018
    A- A+

    Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom melahirkan keyakinan tinggi BN tidak berdepan masalah besar untuk memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

    Keyakinan itu timbul menurutnya berdasarkan kepada maklumbalas diterima semua parti komponen BN semasa mesyuarat bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

    "Kita (BN) yakin dengan kemenangan terutama selepas menerima maklumbalas daripada semua parti komponen BN dan berdasarkan perpaduan kukuh antara gabungan," katanya seperti yang dilaporkan The Borneo Post.

    Mengulas mengenai mesyuarat bersama Najib, Dr Rundi berkata, ia lebih kepada perbincangan mengenai persiapan BN menghadapi PRU14.

    "Kita akan cuba untuk tidak terlepas pandang melibatkan persiapan dan Perdana Menteri juga menyatakan mengenai manifesto BN," ujarnya.-Sarawakiana


    Subjects:

  • No Comment to " BN Pasti Menang PRU14 "