• BN Fikir Hal Rakyat, PH Sibuk Hentam Najib

    Published: Monday, 8 January 2018
    A- A+
    Perbezaan ketara antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan ialah agenda yang dibangkitkan ketika mengadakan perhimpunan parti.

    Barisan Nasional baru-baru ini mengadakan perbincangan peringkat tertinggi dengan menyentuh pelbagai isu dan mencari penyelesaian segera prihal masalah rakyat.

    Segalanya berbangkit agar bajet 2018 dapat dilaksanakan dengan mudah di samping memperkuatkan jentera bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

    PH pula asyik menghentam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak walaupun isu berbangkit merupakan isu kitar semula. Tidak pula kedengaran PH bercakap isu rakyat.

    Hanya penuh dengan agenda memburuk-burukkan Najib dan tidak ada satu pun isu untuk merancang pembangunan rakyat. Apa lagi hendak membincangkan pemasalahan dan penyelesaian isu rakyat.

    Inilah dikatakan PH hanya rakus untuk berkuasa dan mengharap agar rakyat memilih PH pada PRU14 nanti.

    Hakikatnya PH tidak mempunyai idea bernas untuk memperjuangkan rakyat sedangkan BN senantiasa memperjuangkan isu rakyat walaupun bukan musim pilihanraya.

    Lagipun Najib mengajak rakyat untuk membincangkan masalah melalui dialog-dialog di adakan mahupun berinteraksi melalui laman web Najib sendiri.

    Beginilah perbezaan perhubungan rakyat dengan BN dan PH. BN dengar masalah rakyat dan PH hanya mahukan Najib digugurkan walaupun PH tidak yakin dengan kemampuan sendiri.

    Subjects:

  • No Comment to " BN Fikir Hal Rakyat, PH Sibuk Hentam Najib "