• Beri Orang Baharu Pegang Jawatan Naib Presiden Kanan PBB

    Published: Thursday, 18 January 2018
    A- A+

    Jawatan Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) terus menjadi perhatian walaupun Perhimpunan Agung PBB hanya akan berlangsung bulan depan.

    Pelbagai spekulasi mula kedengaran sekarang membabitkan nama Datuk Seri Fadillah Yusof dan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah bagi menjawat jawatan tersebut.

    Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan sudah pasti akan melepaskan jawatan tersebut dan naik pangkat selepas dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri.

    Kepimpinan PBB peringkat cawangan juga tidak ketinggalan untuk memberi pandangan dan mereka mahukan 'darah muda' dilantik ke jawatan tersebut.

    Baru-baru ini, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Piasau menggesa supaya jawatan tersebut diberikan kepada muka baharu.

    Memetik laporan The Borneo Post, Ketua PBB Piasau Sardon Zainal berkata, pemimpin akar umbi mahu peralihan kuasa yang lancar bagi menguatkan parti.

    "Pilih orang baharu ke jawatan naib presiden kanan semasa konvensyen bulan depan," katanya.

    Beliau turut mencadangkan Fadillah dan Karim untuk dilantik ke jawatan naib presiden.

    "Kedua-dua mereka berpengalaman dan mampu membawa parti ke tahap lebih baik terutama dalam memperjuangkan politik pembangunan," ujarnya.-Sarawakiana




    Subjects:

  • No Comment to " Beri Orang Baharu Pegang Jawatan Naib Presiden Kanan PBB "