• Beri BN Majoriti Besar Untuk Pembangunan Lebih Banyak

    Published: Monday, 15 January 2018
    A- A+

    Menteri Muda Kerajaan Temapatan Datu Dr Penguang Manggil menggesa penduduk Marudi untuk terus menyokong Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

    Memetik laporan The Borneo Post, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi berkata, sokongan padu kepada BN penting untuk memastikan parti pemerintah menang dengan majoriti lebih besar.

    "Majoriti besar bermakna suara rakyat kuat.

    "Jadi kerajaan akan mendengar 'suara' dengan membawa lebih banyak projek pembangunan yang diminta," katanya.

    Menurutnya lagi, setiap lapisan masyarakat juga perlu terus bersatu dan tidak terpengaruh dengan janji kosong pembangkang.

    Pada masa sama beliau menggesa kepimpinan peringkat akar umbi terutama ketua masyarakat untuk sentiasa menambah ilmu pengetahuan dengan mengikuti kursus dan seminar.

    "Ini penting agar mereka dapat terus mentadbir kampung dan rumah panjang secara lebih efisien," ujarnya.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Beri BN Majoriti Besar Untuk Pembangunan Lebih Banyak "