• Bengang Suami Termakan Napkin Di Restoran Terkenal

    Published: Monday, 8 January 2018
    A- A+

    Dengan pengiktifaran lapan bintang Michelin, sudah semestinya restoran dan chef akan menyediakan makanan yang terbaik dan tidak akan dilupakan oleh pelanggan mereka.

    Namun berbeza dengan aktres Tracy-Ann Oberman, apabila makan malam romantiknya dengan suaminya bertukar menjadi mimpi ngeri selepas suaminya, Rob Cowan termakan napkin.

    Kejadian berlaku di sebuah restoran di Sepanyol milik chef terkenal. Martin Berasategui. Kegembiraan makan di situ bertukar sebaliknya apabila Rob memutuskan untuk makan hidangan putih yang diikat dengan tali.

    Selepas digigit barulah Rob menyedari ia akan kain napkin.

    Tracy-Ann, 51, kemudiannya mengadu di media sosial mengenai hidangan yang disediakan di restoran berprestij itu bersama-sama dengan gambar makanan.

    “Kakitangan mereka terkejut,’’ katanya.

    Berasategui mempunyai taraf lapan bintang di 12 buah restorannya miliknya.

    Harga yang dikenakan pula dikategorikan sebagai mahal. Bagaimanapun tidak diketahui mana satu cawangan daripada 12 restoran terbabit yang menyediakan hidangan napkin itu.

    Restoran Rob juga merupakan antara 30 restoran terbaik di dunia. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Bengang Suami Termakan Napkin Di Restoran Terkenal "