• Bekas Pengerusi PRS Pujut Melobi Di Lubok Antu

    Published: Wednesday, 3 January 2018
    A- A+


    Sehingga kini Parti Rakyat Sarawak (PRS) masih belum mendapat gambaran sebenar mengenai calon yang akan bertanding di kerusi Parlimen Lubok Antu memandangkan penyandangnya Datuk William Nyalau Badak dikatakan masih belum mendapat sokongan di peringkat akar umbi.

    Memetik laporan Utusan Borneo, adik kepada bekas Ahli Parlimen Lubok Antu, mendiang Andrew Janggi Muyang iaitu Jugah Muyang dikhabarkan sedang melobi untuk bertanding di kerusi Parlimen Lubok Antu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

    Berusia 53 tahun, Jugah yang juga merupakan Bekas Pengerusi PRS Bahagian Pujut adalah anak jati berasal dari Rumah Machau, Nanga Kumpang Engkilili, Lubok Antu.

    Nama beliau dalam dunia politik sudah tidak asing lagi apabila beliau turut mengesahkan telah mendapat sokongan padu daripada penduduk setempat serta ketua masyarakat dan tuai rumah kerana kerap turun padang bertemu pengundi.

    "Berdasarkan beberapa siri lawatan saya ke beberapa rumah panjang sebelum ini, ramai pihak termasuk ketua masyarakat, tuai rumah dan penduduk setempat memberi kerja-sama dan sokongan padu kepada saya,"

    "Berikutan maklum balas positif daripada penduduk dan pengundi setempat menguatkan semangat saya untuk bertanding di kerusi Parlimen Lubok Antu pada PRU14 akan datang," katanya

    Walaubagaimanapun, beliau tidak menyatakan sama ada bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) atau sebaliknya. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Bekas Pengerusi PRS Pujut Melobi Di Lubok Antu "