• Bekas Jurulatih Olahraga Ditahan Lakukan Serangan Seksual

    Published: Tuesday, 30 January 2018
    A- A+
    HONG KONG: Bekas jurulatih juara lari berpagar Hong Kong, Vera Lui Lai-yiu ditahan pihak berkuasa selepas dituduh melakukan serangan seksual ke atas atlet itu ketika remaja.

    Suspek ditahan selama dua bulan selepas Lui muncul atlet wanita berprofil tinggi dalam masyarakat konservatif di Hong Hong bersuara terhadap serangan yang juga sebahagian daripada kempen pergerakan mendedahkan salah laku seksual iaitu #MeToo.

    Menerusi surat terbuka yang dipaparkan di laman Facebook ketika hari lahirnya yang ke-23 November lalu, Lui menuduh bekas jurulatihnya itu melakukan serangan seksual terhadapnya ketika dia masih bersekolah.

    Tindakannya itu menyebabkan pemimpin bandaraya berkenaan, Carrie Lam meminta polis melakukan siasatan.

    Lelaki berusia 76 tahun itu ditahan kerana "serangan tidak senonoh" pada Ahad tetapi sudah dilepaskan selepas dijamin, kata polis kepada AFP tanpa mahu mendedahkan nama tertuduh.

    Kempen #MeToo bergerak pantas Oktober lalu selepas beberapa tuduhan terhadap hartawan filem Hollywood, Harvey Weinstein yang menggoncang arena hiburan, media dan politik global.

    Lui berkata, dia mendapat inspirasi untuk bersuara daripada pemenang pingat emas Olimpik gimnastik Amerika Syarikat (AS), McKayla Maroney yang menjadi salah seorang daripada wanita yang menuduh doktor pasukan gimnastik AS, Lawrence Nassar melakukan serangan seksual.

    Nassar pada minggu lalu dijatuhkan hukuman penjara 175 tahun kerana jenayah berkenaan.

    Lui sebelum ini mendedahkan bagaimana dia langsung tidak berfikir apabila jurulatih berkenaan menawarkan melakukan urutan bagi merenggangkan otot tetapi kemudian menanggalkan pakaiannya dan mencabulnya.

    Lui yang memenangi pingat emas acara 60 meter lari berpagar wanita di Sukan Dalam Dewan Asia September lalu berkata, dia memutuskan untuk membuka mulut selepas sedekad kerana mahu mengubah budaya sukan di China dan menggalakkan mangsa serangan seksual meminta bantuan. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Bekas Jurulatih Olahraga Ditahan Lakukan Serangan Seksual "