• Beijing Buka Tujuh Kedai Jual Barangan Cenderahati Olimpik 2022

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Thursday, 11 January 2018
    A- A+


    BEIJING -- Jawatankuasa Penganjur Beijing 2022 membuka tujuh kedai di Beijing, yang menjual barangan rasmi menjelang penganjuran sukan olimpik musim sejuk, lapor agensi berita Xinhua.

    Lebih daripada 140 produk berlesen kini dijual, termasuk pin, pakaian, alat tulis, porselin, setem dan jongkong emas kenang-kenangan.

    Di samping itu, penganjur turut bercadang untuk membuka lima lagi kedai di Beijing serta tiga di Shijiazhuang, Shanghai dan Nanjing menjelang akhir bulan ini.

    Sebelum ini, pada 16 Disember lepas, kedai dalam talian rasmi dilancarkan manakala setem peringatan dikeluarkan China Post pada 31 Disember.- BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Beijing Buka Tujuh Kedai Jual Barangan Cenderahati Olimpik 2022 "