• Bayi Terjatuh Tingkat Empat

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Sunday, 7 January 2018
    A- A+

    Bayi lelaki berusia tujuh belas bulan nyaris maut apabila terjatuh dari tingkat empat fletnya di Kompleks Desa Tentera Darat, Sungai Panching, Kuantan, semalam.

    Difahamkan, kejadian 5.15 petang itu berlaku ketika mangsa berada di flet itu bersama ibunya.

    Mangsa dikatakan bermain di ruang tamu dan membuka pintu 'sliding' di beranda.

    Bayi berkenaan kemudian keluar dan bermain di sekitar beranda namun secara tiba-tiba dia terjatuh.

    Bapanya yang juga anggota tentera dan sedang membasuh kereta di bawah

    menyedari mangsa terjatuh sebelum mendapatkan bayi itu.

    Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk mendapatkan rawatan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali, ketika dihubungi mengesahkan kejadian.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Bayi Terjatuh Tingkat Empat "