• Bayar Berubat RM50K Hanya Dapat Air Mineral, Garam

    Published: Thursday, 4 January 2018
    A- A+

    Bayar sampai RM50,000, namun akhirnya 'ubat' yang diterima hanya sebotol air mineral dan tiga bungkus garam.

    Nenek berusia 80 tahun dari Cheras itu benar-benar bernasib malang kerana niat mahu berubat berakhir dengan ditipu wanita yang baru dikenali di pasar, Selasa lalu.

    Segala-galanya bermula pada 8 pagi di Pasar Besar Cheras, apabila mangsa didatangi seorang wanita yang mendakwa dia boleh menyembuhkan penyakit.

    Menurut sumber, wanita berkenaan meminta mangsa datang ke rumahnya sebelum meminta dia memberikan wang bagi membuang kuasa jahat di dalam rumahnya.

    "Rumah mangsa didakwa banyak hantu dan sering sakit menyebabkan dia minta bantuan wanita itu dan kawannya untuk merawatnya.

    “Mereka beritahu pandai perubatan Cina menyebabkan mangsa percaya dan ikut wanita itu ke rumahnya," katanya.

    Menurutnya, wanita itu menyuruhnya membayar wang selain memberikan barang kemas miliknya yang keseluruhannya RM50,000.

    "Dia minta bayaran dan suruh bagi rantai, subang dan loket emas untuk menjalankan proses perubatan bagi merawat mangsa dan 'memulihkan' rumahnya.

    "Sebelum pulang, dia beri mangsa bungkusan dan minta buka ketika di rumah dalam tempoh dua minggu lagi, namun mangsa terus membukanya sebaik tiba di rumah," katanya.

    Menurutnya, mangsa berasa ditipu sebaik menyedari dia hanya menerima garam dan air minuman di dalam botol.

    Katanya, mangsa membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Bayar Berubat RM50K Hanya Dapat Air Mineral, Garam "