• Bateri iPhone Meletup Di Stor Apple

    Published: Wednesday, 10 January 2018
    A- A+


    SEBIJI bateri iPhone dilaporkan meletup di sebuah stor Apple di Zurich mencederakan tujuh orang.

    Stor di Switzerland itu segera dipindahkan dengan 50 pelanggan dan pekerja melarikan diri ke Bahnhofstrasse, salah sebuah tempat membeli-belah paling mahal dan eksklusif di dunia.

    Letupan peranti ini dilaporkan telah menyebabkan seorang kakitangan sedikit melecur dan mencetuskan kebimbangan keracunan asap.

    Tiada seorang pun daripada tujuh yang cedera dimasukkan ke hospital.

    Pakar dari Institut Forensik Zurich sedang menyiasat punca bateri tersebut menjadi terlalu panas.

    Pemadam kebakaran, beberapa ambulans dan kenderaan kecemasan hadir di tempat kejadian.

    Akhbar Swiss 20 Minuten mengenalpasti telefon tersebut sebagai iPhone 6 Plus. -mirror/mStar

    Subjects:

  • No Comment to " Bateri iPhone Meletup Di Stor Apple "