• Bapa Saudara Ditahan Disyaki Cabul Anak Saudara

    Published: Wednesday, 3 January 2018
    A- A+

    SIBU: Seorang lelaki 32 tahun ditahan di sebuah rumah di Jalan Tiong Hua, di sini kira-kira 11 malam tadi selepas disyaki mencabul kehormatan anak saudara perempuannya yang berusia tiga tahun.

    Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zailanni Amit, berkata kejadian berlaku jam 8 malam tadi disedari ibu mangsa selepas terdengar tangisan anak perempuannya dari dalam bilik bapa saudara mangsa.

    "Ibu mangsa terus mencari mangsa dan mendapati anaknya berada dalam bilik abangnya (bapa saudara mangsa).

    "Wanita itu terus mengetuk dan meminta suspek membuka pintu. Tidak lama kemudian, suspek membuka pintu dan mangsa terus lari keluar dari bilik sebelum suspek juga terus keluar dari rumah.

    "Mangsa yang masih menangis memberitahu bahawa kemaluannya sakit. Pemeriksaan ibunya mendapati ada kesan darah pada kemaluan anaknya sebelum bergegas membuat laporan di Balai Polis Central Sibu malam tadi," katanya kepada BH, di sini sebentar tadi.

    Bertindak atas laporan itu, sepasukan pegawai dan anggota polis menahan suspek.

    "Suspek yang bekerja sebagai buruh mengaku melakukan perbuatan terkutuk itu. Menurut suspek, suspek ternampak kanak-kanak itu mengintai semasa dia sedang mandi.

    "Suspek kemudian keluar dari bilik air dan membawa kanak-kanak malang itu ke sebuah bilik sebelum membuka seluar mangsa dan cuba merogolnya, namun gagal selepas mangsa menjerit kesakitan dan menangis," katanya.

    Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan.

    Suspek dijangka direman pagi ini di Mahkamah Sibu. - BHOnline
  • No Comment to " Bapa Saudara Ditahan Disyaki Cabul Anak Saudara "