• Banjir Di Sarawak: Sebuah Sekolah Ditutup

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Friday, 12 January 2018
    A- A+
    Foto BH 
    KUCHING: Lima sekolah di negeri ini terjejas dengan sebuah ditutup hari ini, berikutan banjir selepas hujan lebat semalam.

    Sekolah yang tidak beroperasi ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kelabit di Miri yang mempunyai 19 murid.

    Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, penutupan sekolah itu terpaksa dilakukan apabila paras air naik sehingga 0.5 meter.

    Sekolah yang terjejas tetapi terus beroperasi pula ialah SK Kuala Kenyana di Mukah yang mempunyai 40 murid.

    Turut terjejas, SK Kuala Bok (62 murid) dan SK Sungai Bong (121 murid) di Miri dan SK Sungai Anak (90 murid) di Selangau.

    Sementara itu, tiga stesen telemetri Jabatan Pengairan Saliran pula mencatat bacaan paras air pada tahap berjaga-jaga.

    Stesen telemetri terbabit ialah Rumah Abua di Bintulu yang mencapai paras amaran, Muput di Bintulu pada paras mendatar dan Long Jegan di Miri menunjukkan penurunan.

    Katanya, satu pusat pemindahan sementara masih aktif, iaitu di Dewan Serba guna Kampung Lereng Bukit di Miri yang menempatkan 20 penduduk dari enam keluarga.

    Penduduk terbabit dipindahkan selepas kediaman mereka terjejas akibat tanah runtuh 7 Januari lalu.- BH online

  • No Comment to " Banjir Di Sarawak: Sebuah Sekolah Ditutup "