• Bangunkan Lebih Banyak Koperasi Di Parlimen Santubong

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Friday, 12 January 2018
    A- A+

    Ahli Parlimen Santubong Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar mahu lebih banyak koperasi ditubuhkan di kawasan Parlimen Santubong termasuk Lundu.

    "Kawasan Lundu ini mempunyai banyak potensi daripada sektor pelancongan yang boleh diterokai dan dimajukan oleh gerakan koperasi.

    "Malah kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyediakan pelbagai bentuk pinjaman untuk gerakan koperasi memulakan perniagaan mereka.

    "Jadi saya berharap masyarakat akan mengambil peluang ini dan menubuhkan sebanyak mungkin gerakan koperasi di daerah ini yang mampu menjana pendapatan tinggi untuk ahlinya," katanya seperti yang dilaporkan Utusan Borneo.

    Selain itu, beliau yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar turut menggesa masyarakat luar bandar terutama golongan belia untuk terlibat secara aktif dalam gerakan koperasi.

    "Meskipun gerakan koperasi telah lama wujud di Malaysia, namun ia masih belum mampu menyaingi gerakan koperasi di negara maju seperti Jepun dan Korea.

    "Di Jepun dan Korea misalnya, lebih daripada 50 peratus rakyatnya menyertai koperasi terutama dalam sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang merupakan penyumbang terbesar kepada ekonomi mereka," ujarnya.-Sarawakiana
  • No Comment to " Bangunkan Lebih Banyak Koperasi Di Parlimen Santubong "