• Bangladesh tangguh penghantaran pulang etnik Islam Rohingya

    Published: Monday, 22 January 2018
    A- A+
    GUNGDUM, BANGLADESH 22 Jan. - Bangladesh memaklumkan proses penghantaran pulang etnik Islam Rohingya ke Myanmar yang dirancang hari ini dibatalkan ekoran persiapan yang tidak lengkap.

    Pesuruhjaya Rehabilitasi dan Bantuan Pelarian Bangladesh, Abul Kalam berkata, banyak perkara yang belum selesai.

    ``Senarai mereka yang akan dihantar pulang masih belum disediakan selain bukti pengenalan diri dan pembinaan kem transit masih belum dilakukan,’’ katanya. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Bangladesh tangguh penghantaran pulang etnik Islam Rohingya "