• BAM Rombak Skuad Kelayakan Piala Thomas

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Monday, 22 January 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dijangka membuat keputusan mengenai rombakan dalam skuad ke kelayakan Piala Thomas 2018, minggu ini.

    Setiausaha Kehormat BAM, Datuk Ng Chin Chai berkata beliau akan berbincang dengan ketua jurulatih perseorangan lelaki, Datuk Misbun Sidek mengenai skuad ke Kejohanan Berpasukan Badminton Asia, di Alor Setar, Kedah bermula 6 hingga 11 Februari ini, yang merupakan kejohanan kelayakan ke Piala Thomas dan Uber.

    Ia berikutan prestasi baik dua pemain yang tidak disenaraikan oleh BAM sebelum ini, Leong Jun Hao dan pemain professional, Liew Daren pada kejohanan Master Thailand dari 9 hingga 14 Januari dan Master Malaysia minggu lepas.

    Tiga pemain yang disenaraikan ke kejohanan itu pula tersingkir seawal pusingan pertama di Master Malaysia, iaitu Datuk Lee Chong Wei, Iskandar Zulkarnain Zainuddin dan Soong Joo Ven, manakala Lee Zii Jia terkandas pada pusingan kedua.

    "Minggu ini saya akan bincang dengan Misbun, kerana dalam mesyuarat persiapan pasukan dua hari lepas telah dimaklumkan untuk melihat semula komposisi perseorangan lelaki. Mungkin ada juga pemain luar BAM disenaraikan, namun kita kena hormati keputusan jurulatih kerana mereka adalah pakar teknikal. - Bernama

    Subjects:

  • No Comment to " BAM Rombak Skuad Kelayakan Piala Thomas "