• Balai Polis Dihujani Panggilan Gara-Gara Anggota Kacak

    Published: Thursday, 18 January 2018
    A- A+

    Berpuluh-puluh wanita dan ibu bapa mereka telah menelefon sebuah balai polis di China untuk mengatur janji temu dengan seorang pegawai polis kacak yang telah menyelamatkan nyawa seorang wanita cuba membunuh diri dari sebuah bangunan tinggi.

    Panggilan dibuat ke sebuah balai di Hangzhou, di wilayah Zhejiang untuk mendapatkan maklumat tentang Wang Haobin dan bertanyakan sama ada dia sudah berpunya atau sebaliknya, menurut laporan Qianjiang Evening News.

    Media negara itu melaporkan bahawa Haobin bertindak balas terhadap panggilan yang diterima pada Jumaat, menyatakan seorang wanita mengancam untuk terjun dari bangunan 16 tingkat.

    Dia tiba dan melihat wanita itu sedang berdiri di atas tebing di bahagian luar blok sementara yang lain cuba memujuknya supaya tidak terjun.

    Haobin memanjat tembok di bahagian atas bangunan sebelum pergi ke tebing dan mengangkat wanita itu yang sedang hamil dua bulan untuk diselamatkan.

    Rakan-rakannya memberitahu media bahawa mereka tidak dapat memberikan butiran peribadinya kepada pemanggil, tetapi mencadangkan supaya mencarinya semasa dia bertugas.

    Haobin, 25, adalah seorang gimnas sebelum menyertai pasukan polis pada Januari tahun lalu, menurut artikel itu.

    Dia dipetik sebagai berkata bahawa dirinya belum berpunya tetapi tidak tergesa-gesa mencari pasangan. - mstar

    Subjects:

  • No Comment to " Balai Polis Dihujani Panggilan Gara-Gara Anggota Kacak "