• Bakar Rambut Jadi Kaedah Potong Rambut Terbaru

    Published: Monday, 22 January 2018
    A- A+

    Hanya yang `hati kering’ sahaja akan berani mengunjungi salon ini. Ia kerana Kaizo Salon N Spa ini menawarkan perkhidmatan potong rambut menggunakan api.

    Salon yang terletak di Mumbai, India ini dimiliki oleh `Meet Gala’ dan kaedah bakar rambut itu kini menjadi semakin popular di kalangan pelanggan.

    “Kami menggunakan idea kreatif ini untuk menampakkan perkhidmatan yang diberikan ini adalah unik.

    “Ramai kawan saya mahu melakukan sesuatu dengan rambut mereka tetapi dengan syarat ia tidak merosakkan rambut,’’ kata Meet Gala.

    Untuk proses bakar rambut itu, salon berkenaan akan menyapu pewangi khas ke rambut supaya ia tidak berbau terbakar . Bahan kimia diletakkan untuk mengelakkan api membakar kepala dan ia dicipta oleh bapanya yang merupakan jurutera kimia.

    “Selpas itu saya menyikat rambut. Ia juga membuang rambut bercabang,’’ kata Meet Gala. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Bakar Rambut Jadi Kaedah Potong Rambut Terbaru "