• Awang Tengah, Henry Gandingan Mantap Di Lawas

    Published: Friday, 19 January 2018
    A- A+

    LAWAS: Rakyat di daerah Lawas amat berpuas hati dengan kepimpinan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan dan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Kopeasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Henry Sum Agong yang membentuk gandingan terbaik untuk memacu ekonomi di daerah berkenaan, demikian kata Pengerusi Persatuan Foochow Lawas Yong Kah Chu.

    Menurutnya, pemimpin masyarakat Foochow Lawas melihat kekuatan politik di Lawas sebagai tarikan kepada sektor perniagaan.

    "Dengan adanya jajaran Lebuh Raya Pan Borneo akan merancakkan lagi pembangunan ekonomi di Lawas," katanya seperti dilaporkan Utusan Borneo.

    Ujarnya, selain Awang Tengah, keupayaan Henry Sum dalam memimpin masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar belakang juga cukup baik.

    "Kita yakin Henry Sum Agong sihat dan bertenaga untuk terus berkhidmat dengan baik selaku menteri di peringkat persekutuan dan menyumbang kepada pelan pembangunan negeri Sarawak," jelasnya.

    Justeru, masyarakat Foochow Lawas akan terus menyatakan komitmen dan sokongan tanpa berbelah bahagi kepada kedua-dua pemimpin itu untuk terus membawa Lawas ke arah kehidupan yang lebih baik. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Awang Tengah, Henry Gandingan Mantap Di Lawas "