• Aubameyang Hampir Pasti Sertai Arsenal?

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Friday, 19 January 2018
    A- A+

    BERLIN: Pierre-Emerick Aubameyang bersetuju dengan perjanjian selama tiga setengah tahun bersama Arsenal dengan tawaran gaji sebanyak 170,000 pound (RM934,560) seminggu untuk berhijrah dari Borussia Dortmund, menurut Sky Italia.

    Aubameyang menjadi sasaran nombor satu buat Arsenal untuk menggantikan pemain Alexis Sanchez yang akan ke Manchester United.
    Rundingan mengenai kontrak 53 juta pound (RM290 juta) berlangsung pada minggu ini.

    Ketika perbincangan antara kedua-dua kelab diadakan, terdapat dakwaan bahawa Aubameyang bersetuju dengan syarat kontrak berkenaan.

    Kontrak tersebut dijangka berakhir pada akhir musim 2020-21.

    Sementara itu, Borussia Dortmund menegaskan bahawa mereka tidak menghubungi Arsenal sekali pun timbul laporan yang mengaitkan bintangnya, Pierre-Emerick Aubameyang terdesak untuk menyertai kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

    Bapa Aubameyang dan ejennya, Pierre turut dilaporkan berada di London pada minggu ini untuk berbincang mengenai perpindahan penyerang dari Gabon itu ke England.

    Aubameyang sudah menjaringkan 21 gol dalam 23 perlawanan musim ini namun dijatuhkan hukuman disiplin ketiga dalam tempoh 16 bulan susulan kegagalan menghadiri mesyuarat pasukan. - AGENSI


    Subjects:

  • No Comment to " Aubameyang Hampir Pasti Sertai Arsenal? "