• Astro Tetap Siar Drama Dibintangi Farid Hari Ini

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Monday, 15 January 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR – Drama terbaharu lakonan Datuk Farid Kamil iaitu Lafazkan Kalimah Cintamu yang dijadualkan hari ini akan disiarkan seperti biasa di saluran Astro Ria 104 dan Ria HD 123.

    Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad berkata, drama tersebut tiada kena-mengena dengan situasi yang sedang dihadapi oleh Farid selaku hero cerita berkenaan.

    “Pihak kami yakin penonton bijak untuk menilai sesebuah naskhah yang baik tanpa membandingkan hal peribadi barisan pelakonnya.

    “Lafazkan Kalimah Cintamu ialah adaptasi novel terkemuka dan mempunyai peminat tersendiri. Kami yakin ia akan diterima ramai seperti drama-drama lain bagi slot Mega Drama terdahulu,” kata beliau.- Kosmo

    Subjects:

  • No Comment to " Astro Tetap Siar Drama Dibintangi Farid Hari Ini "