• Askar Sakit Mental Bunuh 6 Orang Guna Batang Besi

    Published: Wednesday, 3 January 2018
    A- A+

    NEW DELHI: Seorang bekas pegawai tentera India memukul enam orang sehingga mati menggunakan batang besi, kes pembunuhan yang mencetuskan panik di bandar utara negara itu.

    Polis berkata, penyerang, Naresh Dhankar, 45, melakukan pembunuhan pertama di sebuah hospital di Palwal sebelum berjalan ke bandar sambil memilih mangsa secara rawak.

    Tiga pengawal keselamatan antara yang maut dalam serangan itu.

    "Dia menyerang seorang wanita di hospital terlebih dulu sebelum kami bergegas ke sana. Kami mengetahui lebih banyak mayat ketika meneliti rakaman CCTV," kata jurucakap polis, Sanjay Kumar.

    Polis berkata, suspek sudah ditangkap dan kini menjalani rawatan di sebuah hospital.

    Satu rakaman televisyen menunjukkan Dhankar memakai baju panas biru berjalan sambil memegang batang besi.

    Ketika berita mengenai serangan itu tersebar di media sosial, polis meminta penduduk di Haryana supaya tidak panik.

    Sementara itu, Kumar berkata, isteri Dhankar memaklumkan, suaminya 'terganggu dari segi mental' sejak beberapa hari lalu. -Berita Harian/Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Askar Sakit Mental Bunuh 6 Orang Guna Batang Besi "