• 'Asal Kau Tak Kunci Pintu Time Balik Semalam?'

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Wednesday, 24 January 2018
    A- A+

    Dua belas lelaki ini tidak menyangka, rumah sewa yang disewa dengan harga murah itu rupa-rupanya sudah 'berpenghuni' sehingga ada di antara mereka telah diganggu.

    Pada awalnya, mereka sudah mengetahui rumah sewa itu telah lama ditinggalkan kerana secara kebetulan mereka ternampak pemiliknya menebas semak di rumah tersebut sebelum disewakan kepada mereka.

    Oleh kerana tiada pilihan lain, mereka semua bersetuju dan tinggal di rumah tersebut dan bermulalah kisah mereka diganggu.

    CERITA ini dari pengalaman aku sendiri. Bukan aku dengar dari orang atau kutip mana-mana cerita orang. Rumah sewa aku masa Sem 3. Maklumlah dah tak boleh duduk asrama.

    Waktu itu akhir sem 2. Aku bukan ambil kisah sangat tentang rumah sewa. Sebab susah nak cari rumah sewa yang okey di bahagian sini. Jadi kalau ada member ajak duduk, aku on saja. Tak payah nak serabut-serabut kepala fikir tentang rumah dah.

    Kebetulan ada member classmate aku ajak sewa sekali dengan dia. Mungkin dia kata dia perlukan enam orang lagi untuk penuhkan rumah. Jadi aku dan lima orang lagi classmate aku, masuk sajalah sekali dan kami semua memang perangai jahil sikit. Entahlah, banyak kot?

    Macam biasa, sebelum masuk rumah mesti kena survey rumah dulu kan. Perkara asas untuk seorang penyewa. Tetapi uncle ini dia suruh tengok rumah dalam dua tiga hari lagi. Dari situ aku dah mula pelik, kenapa tak esok atau hari ini? Alasan dia, ada orang tak keluar rumah lagi.

    Dalam 2-3 hari ini aku pergi jalan-jalan di taman perumahan yang banyak rumah sewa untuk pelajar. Mungkin ada lagi rumah sewa yang boek2 kan. Masa aku meronda-ronda, aku ternampak pakcik cina sedang menebas semak di rumah dia. Kemudian aku bergurau dengan member, "Mungkin itu kot rumah kita".

    Aku gelakk-gelak sajalah sebab rumah itu serious bersemak teruk. Nampak seperti rumah yang memang lama orang tak duduk. Lebih kurang seperti dalam gambar ini tetapi rumah sewa itu rumah teres.

    Then, sampailah hari kami tengok rumah. Kami berjanji dengan uncle itu pada jam 2.30 petang. Tetapi kami datang 30 minit lebih awal. Dia beri lokasi guna maps. Aku tengok maps itu, dekat dengan kawasan kami meronda pada hari itu. Jangan-jangan...?

    Yeah, tepat apa yang kau rasa. Rumah yang kau gelak-gelakkan itulah rumahnya. Tetapi dah nampak kemas. Waktu kami mula-mula sampai saja, uncle dengan pakcik cina yang menebas semak tempoh hari rupa-rupanya adalah orang yang sama. Hahaha! Aku fikir balik, uncle ni kuat kelentong ni. Cakap sajalah nak kemas rumah.

    Dari situ aku dah tahu yang rumah itu dah lama tidak dihuni dan ditinggalkan untuk tempoh yang agak lama. Jadi kami malas nak beria-ria, kami pun ambil rumah itu sebab harga sewanya murah dan besar. Muat untuk kami yang seramai 12 orang termasuk dengan budak-budak yang kami tak kenal pun. Main kutip-kutip je.

    Dalam rumah itu ada empat buah bilik. Satu di bahagian bawah, tiga di bahagian atas. Jadi untuk muatkan 12 orang, kami plan dua orang bilik bawah dan lapan orang di bilik atas. Dua orang lagi di ruang tamu sebab ruang tamu dia besar gila.

    Waktu mula-mula masuk, aku berguraulah dengan member, "Weh! Tak nak buat doa selamat ke? Awal ni jadilah malaikat dulu. Manalah tahu duduk ada perangai member macam setan," boleh halau.


    Seperti biasa kami hidup 'aman dan tenteram' di awal kemasukan ke rumah sewa itu. Disebabkan kami tak kenal satu sama lain, aku tak pernah tegur pun budak-budak lain itu. Aku lepak dengan budak-budak kelas aku je. Korang-korang, kami-kami.

    Aku dengan budak kelas aku semua duduk bahagian atas dan bahagian bawah itu semua budak-budak yang aku tak kenal. Secara jujur hampir semua budak rumah aku tak pernah solat. Then, Al-Quran cantik sebab memang rancang nak buat hiasan sahaja. Bagus kan perangai dajjal kami.

    Awal-awal itu memang tiada sebarang gangguan pun. Tetapi dalam dua bulan yang lalu, terdapat simptom-simptom yang rumah itu dah ada 'penghuni'. Aku tak boleh ingat, aku sendiri kena di rumah itu. Patutlah uncle itu cepat setuju dan patutlah sebelum itu tak pernah orang nak sewa.

    1. Kawan housemate aku dari Sabah pernah tak balik waktu cuti raya haji kot. Biasa memang orang akan balik pada Jumaat malam, dan aku balik pada pagi Sabtu itu. Pagi Ahad dia hantar WhatsApp ini pada aku. WTF!!! Siapa yang kau suruh kunci tu?

    2. Aku ni jenis suka tengok cerita pasal hantu-hantu di YouTube ada satu page @kupikupigo. Dia banyak buat story-story seram. Aku ni fanatik juga tengok story dia. Betul-betul aku dengar story tu, aku rakamlah nak buat story insta.

    Tiba-tiba, shit! Kipas bergerak sendiri woi!

    3. Barang-barang kami selalu hilang. Tetapi dia tak hilang lama. Dia akan jumpa balik tetapi dalam dua tiga hari kemudianlah. Dan yang lagi pelik, dia akan jumpa dalam bilik bawah yang satu itu saja.

    Pelik, sampai kami bergaduh sebab tuduh dia mencuri barang. Tetapi takkan orang curi dan kemudian pulangkan balik?

    4. Kawan aku kerja part time di kedai makan, confirm balik dalam jam 1-2 pagi. Ada satu hari itu dia masuk rumah, ternampak member aku tengah hisap rokok atas motor di depan rumah. Tetapi yang peliknya rumah itu dikunci dari dalam. Bila pandang belakang, tak ada orang dah.

    5. Last sebelum kami semua pakat berpindah, kami pakat nak baca yassin ramai-ramai di bahagian bawah. Sedang kami semua membaca yassin, ada bunyi orang berlari dan bunyi almari jatuh. Tetapi rumah kami mana ada almari? Tilam pun kami beli sendiri, rumah itu kosong tak ada sebarang perabot.

    Tambahan pernah awek member aku meracau sebab dia bawa balik ke rumah. Kami panggil ustaz, tetapi kami tipu yang budak perempuan itu datang nak study.

    Jadi kalau korang yang nak masuk rumah sewa itu, jangan nak buat benda-benda bodoh. Kalau boleh buat doa selamat dulu.

    Seperkara lagi, pilihlah member-member yang perangainya elok-elok sikit untuk dijadikan sebagai housemate. Jangan disebabkan member, badan binasa. Percayalah, di dunia bukan hanya manusia saja yang dicipta di dunia.

    Kami semua dah pindah rumah. Rumah lama yang kami duduk dulu masih lagi tidak berpenghuni sehingga ke hari ini. Waktu kami beritahu uncle itu yang kami nak pindah, dia suruh kami keluar cepat-cepat sebab ada orang nak sewa. Adakah benar itu orang?-The Reporter

    Subjects:

  • No Comment to " 'Asal Kau Tak Kunci Pintu Time Balik Semalam?' "