• Artis Hijrah, Buang Semua Tatu

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Tuesday, 23 January 2018
    A- A+


    JAKARTA - INDONESIA. Penyanyi dangdut Cinta Penelope berjaya membuang hampir kesemua 21 tatu yang menghiasi tubuhnya, selepas tampil dengan imej berhijab.

    Cinta atau nama sebenarnya Princess Cinta Penelope berkata, dia mahu kembali ke pangkal jalan dan mendalami Islam.

    Malah, Cinta berkata, dia lebih selesa mengenakan busana Muslimah berbanding imej seksinya sebelum ini.

    “Tatu di tubuh saya dibuang secara berperingkat sejak 2015 lagi...sekarang ada tiga atau empat tatu sahaja yang tinggal.

    “Proses membuang tatu memang sakit...tapi saya nekad melakukannya,” ujar Cinta.

    Pelantun lagu Keong Racun ini memutuskan untuk berhijab dan mengubah penampilannya menjadi lebih tertutup sejak 1 Januari lalu.

    Pada masa sama, Cinta berkata perubahannya mendapat respons positif dari kalangan rakan artis.

    “Alhamdulillah mereka tidak terkejut. Semuanya beri sokongan dan galakan,” katanya. - Tribunnews

    Subjects:

  • No Comment to " Artis Hijrah, Buang Semua Tatu "