• April Terbaik Untuk Bubar Parlimen

    Published: Friday, 12 January 2018
    A- A+

    Ramai penganalisis politik tempatan beranggapan April adalah tempoh terbaik untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membubarkan Parlimen dan mengadakan PRU14.

    Mereka turut bersetuju ramalan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mungkin jatuh pada sekitar April kerana jemaah menteri telah menetapkan sesi persidangan parlimen ke-6 dan yang terakhir akan bersidang pada 5 Mac hingga 4 April tahun ini.

    “Ramalan Mohamed Nazri mungkin ada asasnya kerana Januari dan Februari sudah agak terlewat. Jadi, waktu paling sesuai selepas Mac.

    “Saya berpendapat tarikh pembubaran Parlimen tidak mungkin akan tertangguh dengan lebih lama. Ini disebabkan Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dibebaskan daripada penjara pada 8 Jun.

    “Walaupun Anwar tidak dibenarkan bertanding, tetapi beliau masih berpeluang membantu kempen. Oleh itu, BN akan seboleh-bolehnya akan selesai menyempurnakan PRU14 sebelum pembebasan Anwar,” kata seorang penganalisis politik, Tan Ah Chye kepada China Press.

    Seorang lagi penganalisis politik, Dr Poon Weng Keong turut bersetuju dengan pandangan Ah Chye bahawa sekiranya PRU14 dapat diselesaikan sebelum Anwar dibebaskan, ia pasti akan membawa kelebihan kepada BN.

    Ditanya mengenai pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) mampu membawa kemenangan kepada BN, kata Weng Keong, bantuan rakyat seperti ini sudah tentu dapat meraih banyak sokongan daripada pengundi.

    “Pada peringkat awal, bantuan ini tentunya diterima dan disokong semua orang. Bagaimanapun, lama-kelamaan rakyat sudah beranggapan ia adalah perkara biasa dan kewajiban yang perlu dilakukan kerajaan,” katanya kepada akhbar ini.

    Manakala bagi pandangan seorang lagi penganalisis politik, Dr Thock Kiah Wah, Pakatan Harapan walaupun telah berjaya dibentuk dan menyelesaikan masalah pembahagian kerusi, namun peluang untuk mereka menang tetap terhakis apabila wujudnya Pas yang mampu memecah-belahkan undi.

    “Saya yakin Pas akan rampas undi sepatutnya milik Pakatan Harapan. Jadi, pihak yang dapat manfaat adalah BN. Jika berlaku keadaan ini, BN sudah mesti tidak mempunyai masalah besar untuk kembali peroleh majoriti dua pertiga kerusi di parlimen,” katanya.-Malaysian Access

    Subjects:

  • No Comment to " April Terbaik Untuk Bubar Parlimen "