• Apple Akan Labur AS$30 Bilion Di AS

    Published: Thursday, 18 January 2018
    A- A+
    BENGALURU: Apple Inc akan membuka kampus baharu sebagai sebahagian daripada rancangan pelaburan lima tahun bernilai AS$30 bilion (RM118.78 bilion) dan akan membuat pembayaran cukai sekali saja berjumlah kira-kira AS$38 bilion ke atas tunai luar negara.

    Ia adalah satu daripada perbelanjaan korporat terbesar pernah diumumkan sejak rang undang-undang pemotongan cukai ditandatangani Presiden Donald Trump.

    Syarikat menerima tekanan untuk membuat pelaburan di Amerika Syarikat (AS) sejak kempen presiden 2016, apabila Trump menyasar pembuat iPhone kerana mengeluarkan produk di kilang-kilang di Asia.

    Sementara Apple mengumumkan tiada perancangan untuk mengubah amalannya dan pakar berkata adalah lebih mahal dan tidak praktikal mengeluarkan iPhones di AS, syarikat itu sudah mula memberi tumpuan akan kesannya kepada ekonomi AS, daripada pembangun perisian yang menjual perisian di App Store kepada perbelanjaan dengan pembekal AS bernilai bilion dolar setahun.

    Antara rancangan perbelanjaan itu ialah mengambil 20,000 pembekal berpangkalan di AS, demikian menurut Apple dalam satu kenyataan.

    Kira-kira satu pertiga perbelanjaan baharu Apple itu akan tertumpu kepada pusat data bagi menempatkan perkhidmatan iCloud, App Store dan Apple Music.

    Pengumuman itu di AS itu adalah langkah penting dalam perbelanjaan modal Apple. Secara keseluruhan, Apple berbelanja AS$14.9 bilion pada 2017 dan menjangka perbelanjaan AS$16 bilion pada 2018. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Apple Akan Labur AS$30 Bilion Di AS "