• APMM Rampas Barangan Bernilai RM1 Juta Di Perairan Bintulu

    Reporter: Admin
    Published: Friday, 26 January 2018
    A- A+
    BINTULU, 26 Jan (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) merampas pelbagai barangan bernilai RM1 juta berikutan penahanan lapan nelayan Vietnam di perairan Bintulu, pagi semalam.

    Pengarah Maritim Daerah 12 Bintulu, Komander Maritim Mohd Hambali Yaakup berkata lapan nelayan terbabit terdiri daripada seorang tekong serta tujuh awak-awak ditangkap ketika melakukan aktiviti penangkapan ikan di perairan Bintulu menggunakan bot dengan nombor pendaftaran TH99355TS.

    "Dalam Ops Permai pada pukul 11.30 pagi semalam, bot nelayan Vietnam itu dikesan sedang melakukan aktiviti menangkap ikan di lokasi kira-kira 152 batu nautika dari Pelabuhan Bintulu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

    Mohd Hambali berkata hasil siasatan dilakukan, kesemua kru bot nelayan berumur antara 25 dan 50 tahun itu tidak mempunyai dokumen pengenalan diri serta tiada kebenaran menangkap ikan daripada Jabatan Perikanan.

    "Jumlah rampasan dianggarkan bernilai RM1 juta merangkumi bot, peralatan menangkap ikan dan hasil tangkapan ikan pelbagai jenis seberat lapan tan,? katanya sambil menambah bot serta nelayan tersebut dibawa ke Pelabuhan Bintulu dan kes disiasat di bawah Seksyen 15 (1) Akta Perikanan 1985.

    -- BERNAMA
  • No Comment to " APMM Rampas Barangan Bernilai RM1 Juta Di Perairan Bintulu "