• Anwar Tak Mungkin PM Ketujuh

    Published: Monday, 8 January 2018
    A- A+


    SHAH ALAM: Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia ketujuh.

    Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed berpendapat, untuk kelayakan menjadi perdana mnteri, seseorang itu perlu bertanding dalam kerusi Parlimen.

    “Anwar tidak dapat berbuat demikian kerana terikat dengan peraturan di mana setiap tahanan penjara tidak boleh bertanding dalam pilihan raya selama lima tahun.

    “Ia sudah termaktub. Kerana itu, saya katakan, perkara (jadi Perdana Menteri) tidak akan menjadi kenyataan,” katanya kepada Sinar Online.

    Beliau berkata, untuk jawatan Perdana Menteri, calon itu perlu menang di Parlimen dan ia perlu diperkenan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong.

    “Selepas bebas nanti, beliau hanya boleh aktif sebagai ahli politik tetapi bukan untuk mentadbir negara.

    “Tetapi, Anwar juga boleh dilantik sebagai senator atau jawatan Menteri oleh Perdana Menteri sahaja. Itupun hanya untuk tempoh dua tahun sahaja,” katanya.

    Dr Ahmad Martadha berkata, tidak wujud masalah jika Anwar akan dibebaskan pada tarikh 11 Jun 2018.

    “Pentadbiran penjara mempunyai kuasa untuk melepaskan Anwar.

    “Kebiasaannya tahanan yang tidak mempunyai masalah disiplin akan dibebaskan. Namun, adakalanya kita sebagai orang luar tidak tahu apa yang berlaku di dalam sana (penjara), apa masalah mereka.

    “Kerana itu saya katakan, semua keputusan membebaskan Anwar dibuat oleh penjara sahaja,” katanya. - Sinar Online

    Subjects:

  • No Comment to " Anwar Tak Mungkin PM Ketujuh "