• Anwar Bebas 11 Jun?

    Published: Saturday, 6 January 2018
    A- A+


    KAJANG: Presiden Pakatan Harapan, Datuk Dr Sri Wan Azizah Wan Ismail memaklumkan bahawa suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal dibebaskan daripada penjara tidak lama lagi.

    Katanya, sekiranya tiada apa-apa masalah Anwar akan dibebaskan pada Jun ini.

    "Insya-ALLAH Anwar dibebaskan pada 11 Jun," katanya dalam Amanat Presiden Pakatan Harapan sempena Pelancaran Wanita Pakatan Harapan di Dewan Sri Cempaka di sini, Sabtu.

    Anwar, 71, kini sedang menjalani hukuman penjara di Penjara Sungai Buloh setelah Mahkamah Persekutuan, pada 10 Februari 2015, mengekalkan sabitan dan hukuman yang dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014.

    Hingga kini, beliau telah menjalani hukuman penjara selama hampir setahun 10 bulan.

    Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi melepaskan dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat.

    Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan mengubah keputusan itu dan mensabitkan Anwar setelah membenarkan rayuan pihak pendakwa.

    Anwar didapati melakukan kesalahan itu di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. - Sinar Online

    Subjects:

  • No Comment to " Anwar Bebas 11 Jun? "