• Anjur Pesta Seks, ‘Geng Kunyit’ Dicekup Polis

    Published: Monday, 15 January 2018
    A- A+

    JAKARTA – Padah menganjurkan pesta seks sejenis di sebuah vila, sekumpulan ‘geng kunyit’ dicekup pihak berkuasa dalam satu serbuan yang dilakukan di wilayah Cianjur, Jawa Barat, malam Sabtu lalu.

    Aktiviti sumbang mereka itu berjaya dikesan polis siber menerusi aplikasi Sembang LGBT susulan aduan orang ramai yang sudah tidak tahan dengan aktiviti itu yang kerap dilakukan di Cianjur, termasuk membabitkan golongan bapa, guru dan pelajar.

    Detik News melaporkan, Ketua Polis Cianjur Soliyah Tang yang mengesahkan aktiviti tidak bermoral itu berkata, pihaknya memantau aktiviti kumpulan berkenaan melalui aplikasi sembang selama sebulan sebelum membuat penangkapan Sabtu lalu.

    Pasukan siber kemudian memaklumkan Unit Siasatan Jenayah dan serbuan dilakukan di Villa Green Apple Garden.

    Penangkapan melibatkan lima lelaki berusia antara 16 hingga 50 tahun dengan ada antara mereka sudahpun berkeluarga.

    “Ketika serbuan kumpulan itu tidak berpakaian. Masing-masing menjerit terkejut sebelum anggota kami melemparkan baju untuk dipakai mereka.

    “Siasatan awal mendapati lelaki berusia 50 tahun adalah dalang utama pesta, malah dia yang menyewa vila itu serta mengeluarkan wang 1.5 juta rupiah (RM448) untuk menyewanya.

    “Dia juga yang membuat semua persiapan termasuk membeli minuman keras. Perbuatannya amat terkutuk kerana turut mengheret remaja bawah umur dalam aktiviti mereka,” katanya.’

    Polis turut merampas barang bukti termasik lima helai seluar dama, enam buah telefon bimbit, kondom, pelincir dan beberapa botol minuman keras.

    Biarpan kejadian berlaku di negara jiran, ia jelas menunjukkan aktiviti negatif ini sebenarnya semakin menular di kalangan masyarakat dan ia juga petanda gaya hidup songsang semakin menjadi budaya dan bakal merosakkan bangsa dan agama.

    Semua pihak mesti berganding bahu bersama-sama untuk mencegah aktiviti mungkar begini daripada menular dalam masyarakat kita. -MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Anjur Pesta Seks, ‘Geng Kunyit’ Dicekup Polis "