• Anjing Dari Kampung Sejijak Diuji Positif Rabies

    Published: Tuesday, 16 January 2018
    A- A+

    KUCHING: Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (JPVS) mengesahkan terdapat satu kes positif virus Rabies hari ini hasil keputusan dua ujian yang diterima daripada VRI, Ipoh.

    Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak menjelaskan, kes positif tersebut adalah sampel survelan anjing dari Kampung Sejijak.

    Kenyataan tersebut menyatakan kawasan berkenaan adalah dalam kawasan 10km radius yang telah diisytiharkan sebagai kawasan wabak.

    "Pada hari ini satu kes positis virus Rabies daripada dua keputusan kes ujian Rabies telah diterima daripada VRI, Ipoh," jelas kenyataan tersebut.

    Keputusan tersebut menjadikan sebanyak 71 anjing diuji positif manakala enam kes untuk kucing.

    Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak melaporkan sebanyak 38 kes gigitan haiwan baharu setakat ini dengan Kuching mencatatkan bilangan tertinggi dengan 16 kes diikuti Serian (15 kes), Sarikei (tiga kes), Samarahan (satu kes) dan Sri Aman (tiga kes).-Sarawakiana


  • No Comment to " Anjing Dari Kampung Sejijak Diuji Positif Rabies "