• Angkasawan Jepun Minta Maaf Kerana Berita Palsu

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Thursday, 11 January 2018
    A- A+

    Angkasawan Jepun, Norishige Kanai, yang dalam misi ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) terpaksa memohon maaf selepas menyiarkan berita palsu bahawa dia menjadi tinggi sebanyak 9 cm.

    Kanai, 44, yang telah ke angkasa lepas bulan lepas untuk misi selama enam bulan membuat permohonan maaf itu menerusi akaun twitternya.

    “Ukuran yang salah ini nampaknya telah menjadi masalah besar jadi saya mesti memohon maaf atas berita palsu yang mengerikan ini,’’ demikian tulis Kanai dalam tweetnya.

    “Nampaknya saya boleh muat dalam Soyuz, saya lega,’’ tambahnya lagi.

    Isnin lalu, Kanai telah menulis di dalam Twitternya bahawa dia mempunyai `pengumuman yang besar’.

    “Ketinggian saya telah disukat di sini, di ruang angkasa lepas dan entah bagaimana saya telah berkembang 9cm,’’ katanya.

    Keadaan ini, katanya telah membuatkan beliau risau kerana mungkin tidak dapat memasuki kerusi Soyuz untuk kembali ke bumi.

    Namun beberapa hari kemudian selepas pengumuman itu menjadi berita, Kanai telah memohon maaf dan memberitahu bahawa kaptennya telah membangkitkan persoalan mengenai pertumbuhan berkenaan.

    Selain Kanai, dua lagi angkasawan yang turut serta dalam misi berkenaan ialah Scott Tingle dari NASA dan Anton Shakaplerov dari Roscosmos.

    Mereka berlepas dengan menaiki kapal angkasa Soyuz MS-07 pada 17 Disember lalu. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Angkasawan Jepun Minta Maaf Kerana Berita Palsu "