• Anggota tentera maut, motosikal rempuh penghadang besi jambatan

    Published: Saturday, 27 January 2018
    A- A+


    LUNDU - Seorang anggota tentera maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh penghadang besi Jambatan Sungai Kuali di sini malam tadi.

    Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, kemalangan kira-kira pukul 10.30 malam itu mengakibatkan mangsa, Shahridan Hassan, 25, dari Rawang, Selangor, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepalanya.

    Menurut beliau, sebelum kejadian, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125 sedang dalam perjalanan dari Batu Malang menuju ke Dewan Felda Sampadi di sini.

    "Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggangnya dikatakan tiba-tiba hilang kawalan lalu melanggar penghadang besi jambatan di situ," katanya ketika dihubungi hari ini.

    Alexson menambah, mayat mangsa sudah dibawa ke Hospital Lundu untuk tindakan lanjut.

    "Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya lagi.- K! ONLINE
  • No Comment to " Anggota tentera maut, motosikal rempuh penghadang besi jambatan "