• Anak Lembu Tanpa Hidung Sudah Mati

    Published: Friday, 12 January 2018
    A- A+

    Anak lembu yang menjadi tumpuan kerana dilahirkan tanpa hidung dan mempunyai ketumbuhan luar biasa di kepalanya, mati pagi ini.

    Penternak, Zulkafli Ahmad, 57, berkata, anak lembu itu ditemui mati pada 9 pagi tadi apabila dia pergi ke kandang untuk memberi lembunya makan.

    "Pada hari ia dilahirkan Selasa lalu, saya merasakan hayatnya tidak lama kerana melihat pada keadaan fizikalnya yang tidak normal dan begitu lemah.

    "Anak lembu ini juga tidak boleh makan atau minum dan bernafas pun melalui mulut sahaja," katanya ditemui di kandangnya berhampiran Taman Beringin, Changlun, hari ini.

    Kisah kelahiran anak lembu yang pelik ini tular di media sosial dan tersiar dalam Harian Metro semalam.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Anak Lembu Tanpa Hidung Sudah Mati "