• Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat

    Published: Saturday, 6 January 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di perairan Sarawak, Labuan dan Sabah di pedalaman, Sandakan dan Tawau yang dijangka berterusan sehingga pagi ini.

    "Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam (kmsj) dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot kecil," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

    MetMalaysia turut menjangkakan ribut petir di perairan Reef South, Labuan, Reef North, Sulu & Sulawesi yang berterusan dalam tempoh yang sama.

    Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan juga berbahaya kepada bot kecil.

    Sementara itu, ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di jangka berlaku di beberapa bahagian di Sarawak sehingga jam 10 pagi ini.

    Ia membabitkan Bahagian Kapit di Daerah Song, Sibu di Daerah Kanowit, Sarikei, Betong, Sri Aman, Samarahan, Serian dan Kuching. - BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat "