• Amaran Ribut Petir Di Perairan Sarawak Dan Labuan

    Reporter: Azmin Ramlie
    Published: Wednesday, 24 January 2018
    A- A+
    KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di perairan Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan berterusan sehingga lewat pagi ini.

    Menurut kenyataan dikeluarkan di laman web METMalaysia, keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam (kmsj) dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (m) dan berbahaya kepada bot kecil.

    MetMalaysia turut memberi amaran ribut petir menyeluruh dijangka berlaku di perairan Reef South, dijangka berterusan sehingga lewat pagi ini.

    Keadaan itu juga menyebabkan angin kencang dengan kelajuan 50 kmsj serta laut bergelora membawa ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot kecil," katanya.

    MetMalaysia turut mengeluarkan amaran gempa bumi kuat skala 7.7 Richter di koordinat 55.8 utara 149.0 barat di kawasan Teluk Alaska, barat laut Vancouver, Kanada dan timur Laut Pitas, Sabah.

    Kenyataan sama, bagaimanapun tidak menunjukkan ancaman tsunami, selain tiada amaran hujan lebat sehingga malam semalam. - BHOnline
  • No Comment to " Amaran Ribut Petir Di Perairan Sarawak Dan Labuan "