• Amaran laut bergelora, ribut petir dijangka berterusan

    Published: Tuesday, 16 January 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang, laut bergelora dan ribut petir di beberapa perairan negara masih berterusan hingga lewat pagi ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan di laman web METMalaysia pada jam 6 pagi tadi, kawasan dijangka terjejas bagi kategori pertama adalah perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur.

    Bagi kategori kedua pula meliputi Sarawak, Labuan dan Sabah.

    "Angin kencang timuran dengan kelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam (km/j) dan ketinggian ombak melebihi 4.5 meter.

    "Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan, menangkap ikan dan perkhidmatan feri," kata kenyataan itu.

    Amaran ribut petir turut dikeluarkan bagi kawasan perairan di perairan Sabah (daerah Kudat dan Sandakan) dan Sarawak (daerah Kuching, Rejang, Mukah dan Bintulu).

    Keadaan ini menyebabkan angin kencang sehingga 50 km/j dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot kecil.

    MetMalaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir yang berbahaya untuk aktiviti perkapalan membabitkan perairan Tioman, Bunguran, Condore, Reef North, Layang-layang, Reef South, Palawan dan Sulu yang dijangka berterusan sehingga lewat pagi ini.

    "Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak," kata kenyataan itu. - BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Amaran laut bergelora, ribut petir dijangka berterusan "