• AirAsia Kenal Pasti Potensi IPO Untuk Unit India

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Wednesday, 10 January 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Bhd, merancang potensi tawaran awam permulaan (IPO) bagi unit Indianya, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tan Sri Dr Tony Fernandes.

    Dalam akaun twitter rasminya hari ini, jutawan penerbangan itu berkata kumpulan berkenaan akan mendapatkan kelulusan lembaga pengarah AirAsia India pada mesyuarat akan datang untuk memilih bank bagi memulakan proses awal untuk IPO itu.

    “Penganalsis memberikan nilai sifar ke atas AirAsia India. Tidak jauh daripada memiliki 20 pesawat dan potensi IPO,” katanya.

    Dalam nota berasingan, Fernandes berkata Airasia juga kini dalam proses untuk melantik bank sebagai rakan unit milik penuh kumpulan, AirAsia Global Shared Services Sdn Bhd (AGSS).

    AGSS menawarkan perniagaan perkongsian, menyokong dan menyumber luar perkhidmatan, membangunkan dan menggunakan teknologi multimedia dalam pengeluaran atau meningkatkan produk dan perkhidmatan, dan untuk proses pembangunan dan latihan. – BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " AirAsia Kenal Pasti Potensi IPO Untuk Unit India "