• Ahok Ceraikan Isteri Dari Dalam Penjara

    Published: Tuesday, 9 January 2018
    A- A+


    JAKARTA – Peguam yang mewakili mantan gabenor Jakarta, Basuki “Ahok” Tjahaja Purnama telah mengesahkan bahawa beliau telah memfailkan perceraian terhadap isterinya, Veronica Tan, pada Isnin.
    Ahok kini sedang menjalani hukuman penjara selama dua tahun kerana bersalah menghina agama Islam.

    Pengesahan itu dibuat susulan tersebarnya sebuah foto di alam maya yang menunjukkan petisyen perceraian oleh Ahok yang diserahkan pada Ahad lalu kepada Mahkamah Daerah Jakarta Utara.

    “Kami boleh sahkan bahawa Pak Ahok telah memfailkan perceraian keatas Ibu Veronica,” kata peguam Ahok, Josefina Agatha Syukur kepada laman web kompas.com.

    Ahok juga dilaporkan memfailkan permohonan hak penjagaan anak-anak mereka.

    Bagaimanapun, Josefina enggan memberi sebarang komen terhadap punca sebenar petisyen cerai tersebut, dengan mengatakan bahawa ianya bersifat peribadi dan tidak boleh dikongsikan kepada umum, selain mendedahkan bahawa perbicaraan cerai antara Ahok dan Veronica tidak akan dibuka kepada orang ramai.

    Berita ini ternyata mengejutkan ramai di republik tersebut, kerana hanya bulan lalu Veronica telah meninggalkan ucapan selamat hari lahir di dalam Instagram rasmi suaminya itu. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Ahok Ceraikan Isteri Dari Dalam Penjara "