• Ahli DAP Sarawak Pun Mahu tahu Isu Terowong Dasar Laut Pulau Pinang

    Published: Wednesday, 17 January 2018
    A- A+
    Debat berkenaan 3 Lebuhraya dan Terowong Dasar Laut Pulau Pinang dua hari lepas kecoh apabila Exco Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan Pulau Pinang Lim Hock Seng mula mengguna bahasa kasar apabila tidak mampu menjawab soalan yang dibangkit oleh Datuk Liang Teck Meng
    Setiausaha Agung Gerakan.

    Sepatutnya debat tersebut dijadikan platform untuk menjawab soalan namun Lim beremosi dan hilang sabar serta melontar bahasa kesat kepada Liang.

    Liang mempersoalkan kewajaran kos RM305 juta untuk kajian kebolehlaksanaan dan rekabentuk terperinci. Hock Seng hanya memberi jawapan kos berkenaan adalah berpatutan kerana ia hanya 5.5% darpada kos keseluruhan projek.

    Jawapan tersebut tidak tidak terperinci seoertimana soalan yang begitu terperinci mengikut setiap kilometer projek. Malah Lim tidak menjawab dan mengeluar kata-kata kesat.

    Rentetan daripada isu tersebut, pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen perlu menjawab isu tersebut untuk pengetahuan ahli DAP Sarawak.

    Chong seharusnya mejelas kepada penyokong DAP di Sarawak kenapa Lim Hock Seng tidak menjawab soalan walaupun ia bukan ada kaitan dengan Sarawak. Sekurang-kurangnya ahli DAP mengetahui lebih terperinci bagaimana Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP Pusat mentadbir urus Pulau Pinang. Mengurus projek mega terowong dasar laut dan 3 lebuhraya di negeri itu sehingga mengheret Lim Guan Eng kepada skandal rasuah. - A Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " Ahli DAP Sarawak Pun Mahu tahu Isu Terowong Dasar Laut Pulau Pinang "