• Agihan Kerusi PH Sarawak Selesai

    Published: Wednesday, 17 January 2018
    A- A+
    Agihan kerusi parlimen untuk Pakatan Harapan (PH) Sarawak untuk Pilihanraya Umum (PRU14) selesai dimana Parti Keadilan Raykat (PKR) akan mendapat 16 kerusi, DAP mendapat sembilan kerusi dan Parti Amanah Negara (PAN) Sarawak mendapat enam kerusi.

    Memetik laporan The Borneo Post, Ketua Biro Pendidikan Politik DAP Cawangan Sibu, Oscar Ling mendedahkan kesepakatan mengenai agihan kerusi dicapai selepas pertemuan ketiga-tiga pemimpin tertinggi dari tiga parti berkenaan.

    Walaubagaimanapun, PH Sarawak masih belum mendedahkan senarai kerusi yang akan dipertandingkan.

    Namun apa yang pasti pada masa ini, PH mempunyai enam kerusi parlimen di Sarawak iaitu Kuching, Stampin, Sibu, Lanang, Sarikei dan Miri.

    Sementara itu, Oscar turut mendedahkan PH Sarawak akan mengadakan konvensyen yang akan dihadiri oleh Presiden Parti Pribumi Bersatu Malysia (PPBM) Tan Sri Dato 'Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dato Saifuddin Nasution Ismail pada 20 Januari di Paramount Hotel Sibu.

    PH Sarawak juga dijangka akan melancarkan Manifesto PH Sarawak (Bahagian II) pada hari berkenaan.- Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Agihan Kerusi PH Sarawak Selesai "