• Adi Putra Nikah Semula Dengan Bekas Isteri Pertama

    Published: Friday, 19 January 2018
    A- A+


    KUALA LUMPUR - Pelakon Datuk Adi Putra selamat bernikah semula dengan bekas isteri pertamanya, Zuhaidah Yusof, 43, dalam satu majlis yang dilangsungkan di ibu negara malam tadi.

    Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 37, memuat naik berita itu menerusi satu status di laman Instagram miliknya yang menunjukkan gambar dia dan Zuhaidah atau lebih dikenali sebagai Aida dalam satu persalinan sedondon berwarna putih.


    “Hubungan 12 tahun yang bersambung semula,Alhamdulillah. Terima kasih untuk semua yang hadir pada majlis ini serta mendoakan saya dan isteri.
    “Semoga Allah sentiasa permudahkan urusan kita bersama sebagai ummah, amin,” tulis Adi Putra pada status berkenaan.

    Adi dan Aida berkahwin buat kali pertama pada 14 April 2006 namun tidak dikurniakan cahaya mata dan telah mengambil seorang anak angkat, Zara Adelia yang kini berusia enam tahun.

    Pelakon itu kemudiannya mencetuskan kontroversi apabila bernikah kali kedua dengan Norshahida Dzolkifly, 34, pada 20 Jun 2016.

    Walau bagaimanapun, menerusi satu status laman Instagram pada 23 Mac tahun lalu, pelakon KL Gangster itu memberitahu dia tidak lagi mempunyai sebarang hubungan dengan kedua-dua isterinya.

    Beliau difahamkan memfailkan perceraian dengan Aida di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 3 Mac tahun lalu. - K! ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Adi Putra Nikah Semula Dengan Bekas Isteri Pertama "