• Ada Kemungkinan Chong DAP Kalah Atau Kurang Majoriti Pada PRU14

    Published: Thursday, 11 January 2018
    A- A+

    Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) akan datang merupakan cabaran terbesar bagi DAP Sarawak yang sedang mengalami kemerosotan sokongan politik sejak berakhir Pilihanraya Negeri ke 11 (PRN11) yang lalu.

    Kebangkitan fenomena mantan Ketua Menteri ketika itu Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem menyaksikan sokongan masyarakat Cina kembali kepada Barisan Nasional (BN).

    DAP semakin terdesak untuk bangkit memandangkan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berjaya bersatu semula dan mengembalikan sokongan Cina terhadap parti tersebut.

    Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen semakin tertekan untuk membangkit isu baharu kerana terpaksa kitar semula isu lama untuk meraih sokongan akibat beberapa ahli DAP yang boleh diharap keluar daripada parti.

    Rentetan daripada apa yang berlaku, Chong berada dalam dlema.

    Prestasi Chong mula nampak menurun ketika bertanding kerusi Kota Sentosa pada PRN lepas.

    Chong yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching menang dengan majoriti 2,819 undi mengalahkan calon BN Yap Yau Sin walhal pada pada PRN10 Chong mendapat majoriti undi sebanyak 4,824 undi.

    Ini membuktikan sokongan rakyat terhadap Chong semakin menurun. Tidak mustahil pada PRU14 nanti Chong akan menghadapi saat yang sukar jika SUPP menurunkan calon yang benar-benar berpotensi untuk menang di Parlimen Bandar Kuching.

    Ada kemungkinan Chong akan menerima kekalahan rentetan daripada menurunnya sokongan masyarakat Cina sejak kebelakangan ini.

    Jika menang sekalipun, Chong bakal menerima penurunan majoriti yang mungkin akan menghantui sejarah politik Chong Chieng Jen.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Ada Kemungkinan Chong DAP Kalah Atau Kurang Majoriti Pada PRU14 "