• Abang Johari Sudah Ada Formula Selesai Masalah SUPP-UPP

    Published: Monday, 15 January 2018
    A- A+

    Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menegaskan beliau sudah mempunyai 'formula' untuk menyelesaikan perbalahan di antara SUPP dan UPP sebelum menjelangnya Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14).

    Memetik laporan Utusan Borneo, Abang Johari bagaimanapun enggan mendedahkan formula berkenaan sehingga ia mencapai keputusan muktamad.

    "Tidak perlu untuk saya memberitahu anda (media), itu kerja saya... tidak perlu untuk dikongsikan dahulu.

    "Kalau saya sudah membuat keputusan, baharu saya akan dedahkan... saya sudah ada (formula) tetapi belum dapat dedahkan," tegasnya.

    Sementara itu, Ketua Pemuda Pusat SUPP Michael Tiang menegaskan SUPP sebulat suara menolak formula calon langsung Barisan Nasional (BN) digunakan pada PRU14.

    “Kami tegaskan bahawa kerusi Parlimen Sibu dan Lanang akan menjadi milik SUPP kerana kami (SUPP) adalah parti komponen BN.

    "Pemuda SUPP bersedia memberi sokongan padu kepada calon SUPP di tujuh kerusi parlimennya di seluruh Sarawak, tetapi menolak calon langsung BN," jelasnya - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Abang Johari Sudah Ada Formula Selesai Masalah SUPP-UPP "