• Abang Johari Juara Majukan Luar Bandar

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Tuesday, 9 January 2018
    A- A+

    KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng Datuk Dr Juanda Jaya berkata beliau yakin kepimpinan Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg sebagai Ketua Menteri akan terus membawa Sarawak ke arah kemakmuran menerusi dasar ekonomi digital.

    Katanya, rakyat Sarawak beruntung kerana mendapat seorang Ketua Menteri yang bukan sahaja berjiwa rakyat malah mudah didekati.

    Memetik laporan Utusan Borneo, menurutnya lagi, Ketua Menteri yang lebih mesra dengan panggilan Abang Johari itu juga sentiasa mendengar keluhan rakyat dan pada masa yang sama mempunyai hala tuju masa depan yang jelas.

    “Dengan pengalaman politik selama empat dekad (40 tahun), saya yakin Abang Johari akan terus menjadi juara dalam memajukan kawasan luar bandar.

    “Saya juga yakin usaha beliau mencari sumber kewangan baharu untuk Sarawak melalui dasar ekonomi digital akan terus membawa kemakmuran kepada rakyat dan negeri ini,” katanya.

    Katanya, beliau percaya Abang Johari akan berjaya mengembalikan hak-hak Sarawak yang terhakis seperti yang diperjuangkan  Allahyarham Tok Nan ketika sebelum ini.

    “Datuk Patinggi Abang Johari pasti mampu membawa lonjakan yang besar untuk terus memajukan negeri Sarawak dan legasi Tok Nan akan menjadi penanda aras pencapaian terbaik untuk penyambungnya,” kata Juanda. – Sarawakiana

  • No Comment to " Abang Johari Juara Majukan Luar Bandar "