• Abang Jo Mahu Melihat Rakyat Luar Bandar Hidup Senang

    Published: Wednesday, 31 January 2018
    A- A+
    gambar hiasan
    Kepimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyaksikan beberapa dasar drastik yang lebih mengutamakan peningkatan ekonomi penduduk luar bandar yang selama ini jauh ketinggalan daripada penduduk bandar.

    Abang Jo tidak mahu penduduk luar bandar hanya dikaitkan dengan pertanian semata-mata kerana banyak lagi kepakaran yang ada pada penduduk kawasan tersebut.

    Mempelbagaikan sumber ekonomi mencerahkan peluang peningkatan pendapatan penduduk.

    Memang tidak dinafikan pertanian merupakan aset utama tetapi ia harus ditransformasikan mengikut peredaran masa kerana penggunaan teknologi moden faktor peningkatan hasil pertanian justeru menggandakan pengeluaran hasil dan tidak mustahil Sarawak menjadi pengeksport pertanian utama satu masa nanti.

    Oleh yang demikian penggunaan teknologi komunikasi terkini begitu penting bagi masyarakat luar bandar dan urusan jual beli boleh dilakukan secara langsung kepada pembeli.

    Penduduk luar bandar juga digalakkan menceburi industri pemprosesan makanan daripada sumber pertanian. Terutama yang berminat dalam Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

    Abang Jo dan kerajaan negeri sentiasa mencari strategi dan merancang cara terbaik bagi terus memperjuangkan ekonomi penduduk luar bandar agar jurang ekonomi antara bandar dan luar bandar dapat dirapat justeru memberi kehidupan yang baik untuk penduduk luar Bandar. – A Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " Abang Jo Mahu Melihat Rakyat Luar Bandar Hidup Senang "