• Abang Jo Bertindak Rasional Dan Realistik

    Published: Friday, 26 January 2018
    A- A+
    Baru sahaja melangkaui setahun menjawat jawatan sebagai Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg terus bertindak untuk menyelesai isu-isu yang berbangkit mengenai masalah hak rakyat.

    Isu Pemakai Menoa dan Pulau Galau merupakan isu yang jika dilihat dari mata kasar bukan sesuatu yang mudah untuk diselesaikan kerana terlalu banyak definisi daripada kaum-kaum negeri ini yang berkaitan PMPG.

    Atas kesedaran itu, Abang Jo bertindak rasional dengan menubuh satu jawatankuasa khas bertindak menyelesai isu PMPG dan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglash Uggah Embas mengetuai 'Task Force' tersebut.

    Melalui jawatankuasa bertindak tersebut, begitu banyak pendapat dan pandangan orang ramai terhadap isu berkenaan. Semuanya di kaji secara terperinci dalam mesyuarat-mesyuarat yang pernah di adakan.

    Pada waktu ini, sedang berlangsung persidangan di kalangan ketua masyarakat seluruh etnik Bumiputera Sarawak bagi mencari resolusi yang terbaik untuk menyelesai isu PMPG kerana isu tersebut bukan khusus untuk satu kaum sahaja. Semuanya dibincang dalam suasana harmoni dan rasional dengan meminggir emosi melampau.

    Ia bagi mencari kata sepakat dan kesesuaian keputusan bagi memboleh PMPG diberi kuasa undang-undang yang berkaitan kanun tanah. Jika perlu kerajaan akan mengusul isu tersebut ke Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang bagi mendapat sokongan supaya kanun tanah dipinda.

    Inilah usaha Abang Jo selama setahun sebagai ketua menteri dan pencapaian demi pencapaian terlaksana kerana Abang Jo sentiasa mendengar dari setiap sudut pandangan mengenai masalah rakyat.

    Isu PMPG semakin hampir kepada penyelesaian disebabkan perancangan dan tindakan terperinci dilakukan serta sokongan daripada pelbagai pihak memberi laluan kepada isu PMPG akan diselesaikan dalam tempoh yang terdekat. - A Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " Abang Jo Bertindak Rasional Dan Realistik "