• AADK Sarawak Fokus Gempur 7 Lokasi Panas Penyalahgunaan Dadah

    Reporter: Yusz Man
    Published: Tuesday, 23 January 2018
    A- A+
    Foto NSTP
    KUCHING: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sarawak memfokuskan tujuh lokasi panas pengedaran dan penyalahgunaan dadah di negeri ini.

    Memetik laporan Berita Harian Online Pengarah AADK Sarawak, Wan Madihi Wan Salleh berkata tujuh lokasi selain daripada bandar raya Kuching dan Petra Jaya lokasi-lokasi yang telah dikenalpasti adalah di Samarahan, Sri Aman, Sibu, Sarikei, Bintulu, Miri dan Lawas.

    Menurutnya, melalui Kempen Perangi Dadah Habis-Habisan 3.0 (PDH 3.0), AADK akan melaksanakan operasi menggempur lokasi sasaran berkenaan bagi menangani masalah penagihan serta penyalahgunaan dadah,khususnya melibatkan golongan belia.

    "Untuk 2018, kita sudah mengenal pasti sekurang-kurangnya tujuh lokasi panas yang akan digempur pada bila-bila masa dalam mendokong Kempen PDH 3.0," katanya.

    Beliau berkata demikian selepas menghadiri Perhimpunan AADK Sarawak di Auditorium Bangunan Sultan Iskandar hari ini.

    Mengulas lanjut Wan Madihi berkata, statistik tangkapan dadah tahun lalu berjaya menahan seramai 466 penagih melalui 305 operasi yang dilaksanakan AADK Sarawak.

    Tambah beliau, antara yang ditahan didapati positif dadah jenis syabu, sekaligus memperlihatkan perubahan trend penagihan membabitkan dadah sintetik.

    Sehubungan itu, AADK Sarawak turut mengambil inisiatif menjalankan 414 program pendidikan dan kempen kesedaran memerangi dadah membabitkan penyertaan anggota keluarga, komuniti sekolah dan tempat kerja di seluruh negeri,

    Jesteru beliau berharap agar segala usaha memerangi dadah akan berhasil seterusnya hasrat melihat tiada penagih baharu, penagih berulang mahupun aktiviti menjual dadah tidak lagi berlaku.-Sarawakiana
  • No Comment to " AADK Sarawak Fokus Gempur 7 Lokasi Panas Penyalahgunaan Dadah "