• Aadam Zac Izette Dan Aaleph Zeke Izette Nama Anak Kembar Zizie Izette

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Wednesday, 31 January 2018
    A- A+

    PELAKON Zizie Izette malam tadi mengumumkan nama anak kembarnya iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette kepada umum.

    Menerusi entri di Instagram (IG), Zizie telah berkongsi buat pertama kali gambar anaknya yang kini berusia sebulan satu hari.

    “Salam dan hello kepada semua. Inilah hero kami.

    “Aadam Zac Izette (atas) dan adik lelakinya Aaleph Zeke Izette. Gambar ini dirakam ketika mereka baru berusia 20 hari.

    “Alhamdullilah, hari ini mereka sudah berusia sebulan sehari. Terima kasih di atas doa-doa anda dalam komen sebelum ini. Semoga Allah merahmati anda,” tulisnya. - Awani

    Subjects:

  • No Comment to " Aadam Zac Izette Dan Aaleph Zeke Izette Nama Anak Kembar Zizie Izette "