• 900 Tuduhan Rogol, Perlakuan Seksual Ganas

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Tuesday, 9 January 2018
    A- A+

    Seorang lelaki yang menjadi bapa angkat kepada anak-anak yatim didakwa atas lebih 900 tuduhan rogol dan perlakuan seksual ganas kebanyakannya membabitkan budak perempuan berusia 14 tahun ke bawah dalam jagaannya, dalam kes dipercayai fidofilia paling teruk di Russia.

    Viktor Lishavsky, 37, didakwa mendera secara seksual lima budak perempuan yang secara sah di bawah jagaannya dengan melayan mereka seperti ‘gundik’ dan ‘hamba seks.’ Dia ditahan pada Jun lalu tetapi identitinya baru didedahkan dalam pada lebih banyak butiran perbuatannya semakin terbongkar.

    Lishavsky yang mengusahakan kedai membaiki kasut dipercayai mendera seksual budak perempuan dalam jagaannya sejak lima tahun lalu. Dia ditangkap selepas seorang mangsanya mengadu kepada guru yang membuat laporan polis.

    Susulan itu, budak perempuan lain dalam jagaannya membongkarkan perbuatannya terhadap mereka.

    Dia didakwa atas 248 tuduhan rogol dan 358 ‘tindakan seksual kejam’ selain 22 lagi ‘tindakan ganas berunsur seksual’ semuanya terhadap budak perempuan berusia 14 tahun ke bawah.

    Lishavsky juga didakwa atas 11 lagi tuduhan rogol dan serangan seksual ganas yang membabitkan ancaman bunuh atau kecederaan.

    Beberapa lagi tuduhan turut dikemukakan membabitkan penyeksaan mangsa dan penyalahgunaan peranannya sebagai penjaga rasmi mereka.

    Selain itu, Lishavsky didakwa atas 122 tuduhan lagi ‘jenayah berunsur seksual dengan penggunaan keganasan atau ancaman keganasan,’ dan 151 tuduhan ‘mengadakan seks mengambil kesempatan terhadap mangsa yang tidak berdaya’ yang semuanya membabitkan budak berusia antara 14 hingga 17 tahun, lapor portal berita Mash.

    Lishavsky dan teman wanitanya Olga dilaporkan mempunyai tiga anak bersama dan mengambil sehingga sembilan budak lain sebagai anak angkat. Tiada tuduhan dikemukakan terhadap Olga.

    Tertuduh dilaporkan menerima £265 (RM1,400) untuk setiap seorang daripada lima gadis yang dijaganya.-Daily Mail

    Subjects:

  • No Comment to " 900 Tuduhan Rogol, Perlakuan Seksual Ganas "